Hari ni ada follow-up lagi. Awal –awal lagi kami berdua dah
terpacak kat hospital. Kot2 bleh jadi 1st patient ke :P tapi rupenya
dah ada orang so aku jadi 2nd patient. Bila sampai turn aku, aku pon
kuarkan result progesterone yang doktor suruh ambil pada 9hb tu.
Result darah progesterone tu aku dapat 1.7 nmol/L which is
very2 low. Dan doktor kata ini menunjukkan problem dari telur yang mana ada
treatmentnya…Lega sket...sebab kalau endometriosis tu risau sangat aku…Satu
lagi keputusan yang saspen iaitu pap smear.. dan syukur Alhamdulillah resultnya
normal…Lega gile rasenye!! Doktor buat tvs lagi sekali dan tengok tak de flow
dah pada ovary sebelah kanan tu . Pas tu doktor nak tengok jugak kat area
pangkal rahim tu still ada bleeding ke tak…dan memang la tak de bleeding dah…dan
syukur dia kata pangkal rahim ok…Memang lega sangat2 tau bile tau result ni…macam2
bermain kat kepala aku ni sementara nak menunggu result keluar tu…Ok ke tak ke?
Normal ke tak ni…
So dah abis explain dan discuss semua kami pon keluar dan
nak setelkan bil…kali ni murah sket daripada hari tu..RM 190 dan tak de ubat
apa2…So next appoiment next week plak…adoiii…memang kene berkorban sungguh2
kali ni…
No comments:
Post a Comment