03 May 2012

Dilema....Yang mana satu ni???


Sebenarnya hari ni aku dan husband cuti. Kami bercadang nak ke Kuantan awal-awal pagi lagi. Kononnya nak sampai kat Kuantan  dalam pukul 1 @ 2 petang. Tapi dalam dilema…nak bertolak awal ke Kuantan ke nak pegi jumpa doktor. Last2 aku bertekad nak ke hospital dulu dan nak jadik 1st patient. Punye la nak sangat jadik 1st patient, sampai kan tidur malam pon tak lena. Asyik2 terjaga je dan fikir lambatnya nak pagi. Aku nak jumpa  sebabkan dah terlalu lama sangat aku ni bleeding. Check jugak UPT kot2 ada double line tapi jawapannya tetap hampa.

 Sampai kat hospital pukul 7.45 pagi, registration start pukul 8 pagi. Masa aku tiba tu doktor memang dah ada, tapi dia blom start panggil patient lagi. Ye la, PA dia pon tak sampai lagi  so tunggu la kami ni dengan sabar. Tak lama pas tu berderet2 patient lain sampai. Nasib baik kita orang sampai awal sket je kalau tak jawapnye memang tak pegi Kuantan dah la kami ni. Malam sebelum tu pon kitaorang berkira2 jugak…kot2 la dapat jumpa doktor pukul 11 ke 12 ke macamana, alamatnye CANCEL la Kuantan tu walaupun hotel semua dah booked. Sebab 1st time kami datang nk jumpa doktor ni dulu kami sampai pukul 10 lebih…tau dapat jumpa doktor pukul berapa?? Pukul 3 petang tauuu baru jumpa doktor. Mengalahkan hospital gomen plak .Nama je hospital swasta tapi doktor ni tengok satu2 patient dalam 30 minit sorang..tapi memang puas hati dan berbaloi2 jumpa dia J .

Berbalik pada citer tadi, dalam 8.35 pon nama saya pon dipanggil. Dan bercerita la saya dari A sampai Z pada doktor tentang masalah saya yang period lama bulan ni. Start dari  13-19/4 kuar spotting..pas tu stop. Sambung balik 23/4 sampai la ke hari ni. Dah la plan nak buat IVF, makin la aku jadik stress. Dah pening mana satu Day 1 nye?? Bile tanye Dr B tentang day 1 yang mana satu, dia jawap dari 1st day spotting tu dah dikira sebagai day 1…peliknye aku pasal plak berhenti2 ada gap plak tu??haihhh…Jadi last choice memang kene jumpa Dr N jugak la. Ehh…dah melalut ni…..Mujur la aku dah listkan date period aku untuk 6 bulan lepas..so doktor tu pon kira2 cycle aku berapa hari..memang dr kata aku punye irregular...ada yang cycle panjang..ada yang pendek...tapi lebih kurang 30-40 hari aku punye cycle..Sebelum ni aku ada la jugak buat BBT chart ngan OPK...ada la satu chart je kuar ovulation line tu...yang lain tak de pon...

Okey sambung balik citer tadi, pas dia dah amik details tu dia pon suruh aku baring atas katil tu sebab dia nak check..tapi sebelum tu aku jawap aku tengah bleeding ni…Dia kata ‘it’s ok…saya nak check…’  dengan segan silunya ku lalui jugakla…yela mana penah time bleeding ni kene  buat TVS…setakat scan kat perut tu okey la…memang malu gile2…sebelum buat TVS tu dia nak check kat pangkal rahim dulu dan terus ambil pap smear..sebab aku last buat pap smear tahun 2007..memang dah dekat 5 tahun la tak check balik…tapi memang tak sakit la sebab dia guna spekulum plastik yang comel tu…lega den!! Pas amik sampel tu dia macam masuk wayar2 untuk nak check area pangkal rahim tu…okey setel satu hal…Sambung plak buat tvs, masa dia scan tu memang dia nampak ada flow kat area ovari kanan. Pas tu dia cakap kat aku dia try ‘bakar sket’ untuk hentikan flow tu.

Pas siap TVS  bagai tu, dia pon explain kat kami berdua. Dia kata dia suspect 2 benda samaada endometriosis atau pon problem dengan telur. So dia suggest aku amik darah  pada 9 Mei untuk check progesterone. Kalau result progesterone aku < 40 nmol/L  dan darah ada lagi maknanya problem dengan telur. Kalau progesterone aku > 40 nmol/L dan darah berhenti maknanya  endometriosis. Aku ada bagitau doktor yang aku ada check untuk progesterone dan result memang sangat2 rendah dalam 1++ je. Dia kata tak pe 9 hb ni check balik..

Time nak bayar yang saspen ni, siap intai2 lagi bil tu sebab dia dah stapler. Just nampak nombor2 je la.. Kene bayar RM 360…ye la dengan tvsnye, bakar2 lagi, pap smear dan ada ubat tahan sakit2 sket ….Walaupun bayarannye agak mahal tapi kami berdua sangat puas hati…Kira 1st kene bayaran mahal camni….Kami kuar dari bilik doktor tu dekat 9.30 pagi…hampir sejam dalam tu..menyumpah agaknye orang no 2 tu…hehehhe…Setel bayar bil dalam pukul 9.45..makan2 zasssssssssssssssssss balik umah…kemas2 baju terus …Pukul 10.30 terus bertolak ke Kuantan….Yahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhoooooo..
Ingat tak de can dah nak  pegi…..Tak sia2 aku bangun awal pagi ni….


No comments:

Post a Comment