15 May 2014

Cyst

Salam....

Ekoran dari post semalam ( dah macam ayat surat rasmi pulak....) ,semangat sungguh saya menggoogle mencari makanan yang boleh mengecutkan cyst... sambil2 tu saya share la sket2 ngan kawan...hasil bacaan dari internet dan blog kawan2 yang lain , so saya buat summary je lah...

Apakah cyst?
Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovary. Mengapa ia digelar cyst?  Sebabnya tumbuhan in mesti mengandungi cecair/fluids, samaada air, cecair becampur protin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia boleh disertai dengan tumbuhan daging yang munkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dll.. Kene berpantang makan makanan yang ada kadar estrogen  yang tinggi. Sebab dengan adanya kandungan estrogen yang tinggi, ia akan menggalakkan pembesaran cyst.


Makanan yang wajib dielakkan :

  •  Soya dan evening primrose oil  - Air soya tu memang dah lama tak minum, tapi kicap kita makan....camana tu yer? :P
  • Ayam -   Lepas je appoiment dr baru2 ni, dah kurangkan makan ayam. Masak ayam pon untuk husband je & saya banyakkan makan ikan dan telur. Segala fastfood KFC, McD, Burger King & seangkatan  dengannya  pun tak makan dah...(Haihh...mampukah ku bertahan niii....)
  • Ikan keli yang dibela -   Alamaaakkk!!! Sejak akhir-akhir ni memang kerap makan ikan keli bakar/ goreng sebab tu je lauk yang  nampak sedap....Nampaknya dah tak bleh makan dan kene gantikan dengan ikan lain la...
  •  Kawal pemakanan -  Kolesterol juga antara penyebab kenaikan hormon estrogen dalam badan.  Secara tak langsung memang  kene kawal pemakanan seharian dengan cara makan makanan yg dikukus, dibakar dan kene kurangkan makanan berminyak.


 Di antara makanan yang boleh diambil untuk mengecutkan cyst :-

  • Peria -Inilah sayur yang tak suka dimakan..Dahla pahit...Eeee..Tapi yang pahit itula yang jadi   ubatkan.Nampak   gaya kene sukakan dan amalkan makan peria.....ooohhh demi nak  kecutkan cyst terpaksa la kutelan jugak ...Makan je la sekadar yang mampu...Nak cuba masak peria celup tepung ke...sedap ke ek?

  • Extra virgin oil dan pati delima -  Extra virgin oil ni tak penah cuba tapi pati delima yang brand gulsan tu penah je makan dulu...Tapi rasenye agak masam sket...Kene minum bubuh gula baru ada rase masam manis. Rasenye yang saya punye expired macam tu je..sebabnya kirim kat orang belikan..tamak haloba punye pasal beli sampai 2 botol..pastu mula la kejap minum kejap tak minum...Last2 buang cam tu je...Tak pe la..sekarang ni pon dalam proses kurangkan makan masam dan pedas walaupun hakikatnya itulah yang favourite!

  •  GLA complex (shaklee) - Terlupaaaaaaaaaaa!!! sebenarnya saya consume GLA ni dulu memang untuk kecutkan cyst lepas makan  clomid..macamana bleh terlupa la pulak...Tak pe la, ade je saki baki GLA yang beli hari tu...Habis- habiskanlah yang mana ade tu...tak baik membazir... (Ini bukan promosi shaklee yer....saya tak jadi agen shaklee pon...jangan salah paham plak :) )



4 comments:

  1. Good info Opi, cyst ni boleh jadi pada sesiapa sahaja kan.,yg penting amalkan gaya hidup sihat.,tengah mencuba gak ni,especially part avoid fast food tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq nuriz.... Sambil2 cari info utk diri sndiri.. Dah kene kat diri baru kelam kabut :p

      Delete
  2. baru tahu ikan keli tak blh... huhuhu..dh la slalu makan ikan keli..ikan tu je yg suka makan..ikan lain kurang .. mmg kena kurangkan makan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la sue... Sedapkan??? Kene try mkn ikan lain pulak

      Delete