15 March 2014

Tumpang gembira

Syukur alhamdulillah...Pagi ni hujan turun dengan lebatnye dan kadang2 berhenti kejap dan hujan semula sampai la ke malam...Rase nyaman je sepanjang hari ni..Kesian dengan pokok2 bunga dan tanah pon dah merekah disebabkan terlampau panas dan terlalu lama tak hujan. Nasib baik la semalam dah pulun basuh kain semua...Kalau tak silap pon, kawan di FB yang ada di merata-rata tempat pon ramai yang post hujan dah turun....elokla tu...sambil2 mencuci jerebu yang dikatakan teruk juga di kawasan Klang tu sampai budak2 sekolah pon kene tutup.


2-3 hari ni dapat berita gembira dari kawan2 TTC..sorang yang dah selamat bersalin baby twin dan sorang lagi yang buat IVF bulan lalu dah pon preggy...tumpang gembira untuk diaorang..yang dah lepas tu dah lega...heheh...yang akan melalui ni..perasaan dup dap dap dah mula menjelma walaupun bukan 1st time...adoiii....nak tak nak kene hadapi....insyaallah pengalaman yang ada mengajar kita supaya lebih kuat dalam segala hal..

Walau bagaimana pun, hari ni adalah hari ke 8 pencarian MH 370. Semoga  pencarian dan usaha hari ni beroleh maklumat yang berguna untuk selamat kesemua anak kapal.

No comments:

Post a Comment