19 June 2013

Waktu mustajab berdoa


WAKTU-WAKTU YANG MUSTAJABNYA DOA

Tadi masa berFB, jumpa sesuatu  kat wall kawan. So saja nak share bersama korang yang tengah TTC jugak. Insyaallah yang mana mampu kita buat, kita buatla ye .


Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemualiaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu terterntu yang sangat baik untuk berdoa. Akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan baik tersebut. Antara waktu mustajab  tersebut antara lain ialah : 

1.    Sepertiga Akhir Malam
     Heheheh..rasenya time ni la yang paling sedap tidur kan??kadang-kadang terjaga pon    alahai…malasnya nak bangun (saya la tu)
  
2.    Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
“ Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” ( Surah  Ibnu Majah)
  
3.    Setiap Selepas Solat Fardhu
“Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardhu”  (Surah At-Tirmizi)
  
4.    Ketika Saat Perang Berkecamuk
“Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak; doa ketika azan dan doa ketika perang berkecamuk”  (Surah Daud)
  
5.    Sesaat Ketika Hari Jumaat
Waktu itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza. Dan kemungkinan besar waktu itu ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai solat Jumaat atau sehingga selesai waktu solat Asar bagi orang yang menunggu solat Maghrib.

Yang ni penah terbaca kat buku, dia tulis suruh baca ada beberapa ayat lepas Asar hingga ke azan Maghrib..dulu ada juga buat, tapi kadang tu time petang-petang camtu ada kat luar rumah..so payah la sket..kalau kebetulan ada di rumah tu Insyaallah bleh la buat...
  
6.    Ketika waktu bangun tidur malam hari bagi orang yang sebelum tidur dalam keadaan suci dan berzikir kepada Allah.
Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.

Ada jugak kadang-kadang terjaga, tapi sekadar bukak mata tengok jam atau ada alasan..ala kejap lagi la bangun...bangun2 tu dah Subuh la jawapnye...pastu mula la rase menyesal la tak bangun semalam..

 7.  Doa antara azan dan iqamah
“ Ertinya : Doa tidak akan ditolak antara azan dan iqamah” ( Surah Daud)
  
8.    Doa ketika waktu sujud dalam solat
“Ertinya :  Adapun waktu sujud, maka bersungguh-sungguh lah berdoa kerana pada saat sangat tepat untuk dikabulkan”
  
9  Ketika sedang hujan
“ Ertinya : Doa tidak akan ditolak ; doa ketika waktu  azan dan doa ketika hujan “
  
 10.  Ketika saat ajal tiba
“Ertinya : Tatkala roh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya.
  
11.  Ketika Lailatul Qadar
“Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam tersebut, malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan untuk mengatur segalaurusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar.
  
12.  Doa ketika Hari Arafah
“Ertinya : Drbaik-baik doa adalah pada hari Arafah” (Surah At-Tirmidzi)



# Petikan FB : 1001 Sirah Nabi Muhammad



1 comment: